Followers

Macam mana rasanya ...


Tiba-tiba hati ni berdetik , langsung otak ligat berfikir

macam mana rasanya jadi orang dewasa ?
teruk agaknya , tengok muka mereka pun diri ni dah rasa teruk , seperti mereka menanggung berjuta bebanan , walaupun bibir mengukir senyuman , tapi adakah hatinya juga tersenyum sedemikian?

macam mana rasanya hidup merempat di jalan ?
pasti susah , perit jerih ditanggung merata . mana-mana saja boleh dijadikan katil , atas lantai , bustop . tepi jalan ..   tidur dengan habuk debu , sampah-sarap , anjing kucing , dihina , diludah , dipandang jijik , kadang-kadang jadi mangsa kenderaan , kadang-kadang bila dilihat , sihat saja badannya , sempurna anggotanya , tiada cacat celanya , tapi mengapa masih memilih mengemis sebagai kerjaya utama? sedangkan kudrat masih boleh membina kehidupan dengan bermaruah? pelik betul mereka ni..

macam mana rasanya bila jatuh merempit dan cacat ?
mesti mereka menyesal , air matah darah sekalipun tak mampu nak undurkan waktu , perbetulkan keadaan.
dengan anggota yang tidak sempurna dek kedegilan nafsu , akhirnya terlantar , terduduk , termenung mengenang nasib yang tak menentu , memikir apa akan berlaku , menyesali diri yang serba tak mampu.

macam mana rasanya bila kehilangan tempat bergantung ?
rasa sepeti mahu mati , lemah dan tak mampu berdiri , rasa tiada gunanya meneruskan hidup ni , sia-sia semuanya , putus harapan , sedikit senyuman pun tak mampu di ukir , cuma air mata yang masih mengalir .

macam mana rasanya bila bercinta dan putus cinta ?
mungkin bila bercinta ..perasaannya seperti diri ini di hargai , di sayangi , sentiasa ada insan yang menanti , dan terasa hari tidak lengkap tanpa insan yang disayangi . Dan mungkin juga bila putus cinta perasaanya seolah-olah mulut terkunci , jantung berhenti berdegup , diri terasa lemah , air mata membasahi pipi , bak kata pepatah  ;
makan tak lalu , 
tidur tak lena , 
hati kecewa , 
diri merana 

berharap hubungan kembali pulih , kembali indah , tapi bila diri tersedar , lalu hati berkata " jangan di harap pada yang tak sudi , biarkan saja ia pergi , luka di tangan nampak berdarah , luka di hati siapa yang tahu "

macam mana rasanya bila mengandung ?
indah perhaps ? berbangga membawa 1 lagi nyawa bersama-sama kemana jua selama 9 bulan. Mungkin terasa sakitnya bila membawa bakal bayi , perut yang semakin membesar pasti menggusarkan hati , teruja menghitung hari paling bermakna dalam hidup . Si suami tak jemu melayan kerenah isteri , ahh.. bahagianya mendapat suami yang menyayangi diri dengan ikhlas setulus hati , tak pernah bosan , tak merungut , sentiasa mengambil berat , sentiasa bertanya " sayang are you okay ? hows our baby ? i love you " terasa diri ini sangat disayangi .

macam mana rasanya bila berseorangan di dunia ?
permulaanya akan rasa best tahap gaban , bebas , tiada siapa yang mengongkong dan tak perlukan wang untuk memiliki , kerana semuanya free , kasut baju beg makanan kfc pizza hut perfume novel dan lain-lain , Tapi di akhirnya diri sendiri akan merasa bosan , merindui ,  sedih , meroyan seperti orang gila yang kaya raya dan  bercakap dengan tiang lampu , menangis tanpa henti dan berharap ini semua mimpi . 


macam mana rasanya bila masuk U ?
rasanya seperti menahan cirit . Bila kaki sudah berada di depan dewan , terasa sebu , diri terawang-awang , kecut perut , terkesima melihat betapa ramainya makhluk bernama manusia . Mungkin juga happy menggila , sebab berfikir akhirnya diri bebas berjimba . Dan mungkin juga rasa " aghh.. macam mana aku nak hidup? mampukah aku berdikari ? "  hahah... kerana U , diri kacau bilau .

macam mana rasanya bila tau hayat tak lama ?
nyata pedih , banyak termenung , hati cepat tersentuh , sikit-sikit sebak , buat apa-apa pun rasa kosong , walaupun ada yang cuba bagi semangat , tapi mana boleh tanggung rasa perit hati ni. Siapa yang sanggup hidup sehari demi sehari dan tahu bahawa bila-bila masa sahaj nyawa boleh di tarik .

macam mana rasanya bila sudah mati ?
cuma DIA yg tahu .





LIFE is either a daring adventure or nothing

3 BULAN


x   : Ada apa dengan 3 bulan ?
a   : Cabaran 3 bulan sebelum raya .
x   : Cabaran apa ?
a   : Cabaran biarlah rahsia ...
x   : Ceh .. Gempak sangat ke cabaran kau tuu ?
a   : Superb gempak
x   : Pbhtttt... poyo lah kau
a   : hahahaha  terbaaiikk..
x   :   =__=

Jenis Kawan






Salam wbt, entri kali ni pasal JENIS KAWAN , aku pasti sudah semestinya kita semua memang ada ramai kawan dan tak kiralah kawan kita sikit atau ramai .Tapi seramai-ramai kawan yang kita yang kita kenal , kita dapat tahu bahawasanya, setiap insan memiliki sikap yang berbeza .Bak kata pepatah  " rambut sama hitam tapi hati lain-lain "


Sepanjang aku hidup , aku jumpa macam-macam jenis kawan , bukan setakat kawan aku sendiri , tapi juga kawan kepada kawan aku .


1 . kawan chipsmore
kawan chipsmore ni maksudnya , sekejap dia ada , sekejap dia takda . Bila dia ada dekat dengan kita , mungkin dia seorang yang peramah sangat-sangat dan kita rasa senang dengan kehadirannya , ataupun mungkin juga dia jenis yang dingin , Tapi bila dia tak ada dekat dengan kita , kita dapat rasa kehilangan dia , kita akan tertanya2 " hm..lama tak dengar cerita dia , manalah dia sekarang ? "  Tapi ingat , kita mestilah bersangka baik terhadap kawan-kawan yang sekejap ada sekejap takda ni, mungkin dia ada hal mahupun ada masalah sendiri .


2 . kawan perfume
kawan perfume ni bila kita wangi harum semerbak , dia suka dekat rapat-rapat , tapi masa kita busuk masam hangit tengik , dia dulu yang buka langkah seribu batu . Maksudnya adalah , bila kita hidup senang , dia ada , tapi bila kita susah dia menjauhkan diri . Kawan macam ni lah yang tak boleh diharapkan dan kalau boleh janganlah dibuat kawan . Sebab kelak kita juga yang terasa hati . Selalunya kawan jenis perfume ni kita boleh detect masa kita dalam kesusahan , haaa masa tuu cek nak habaq mai kat hang , memang sudah terang lagikan bersuluh , hang akan nampak berapa ramai kawan perfume dalam hidup hang . 




3 . kawan laser
kawan laser ni memliki mulut yang tajam seperti pisau . Mulut dia masyaallah.... punyalah laser , cakap pun main lepas je , kadang-kadang dia buat lawak pun memang sinis , dan kita rasa macam hati ni di tusuk sembilu , Kadang-kadang sukahati dia je nak ngumpat sape pun, mulut tu dah macam machine gun, pom pam kebabom dia tembak . Kawan laser ni tak semestinya jahat , ada juga sifat baiknya , atau mungkin juga dia ni jenis tak suka berselindung ,  dan lebih suka talk direct to the point .  So kita sebagai kawan, kena terimalah dia seadanya , dan cubalah tegur dia dengan cara yang lembut . Sebab nak menegur orang yang mempunyai mulut laser atau perangai kasar ni  , kita kena berlembut , samalah macam menyimbah air dekat api yang marak . Lama-lama api tu padam la .




4 . kawan pentingkan diri 
kawan pentingkan diri  ni dalah kawan yang KEJAM . Dia jenis yang tak mahu ambik risiko atau tak mau serabutkan kepala otak dengan masalah kawan sendiri , atau rasa macam
"aghh..lebih baik aku buat bodo je dengan si TUT ni , lagi aku jauhkan diri lagi senang hidup aku"
Contoh si X takmau dekat dengan si Y sebab si X nampak si Y ni banyak sangat masalah hidup, jadi si  X bertindak menjauhkan diri sebab takmau serabut dengan masalah si Y . Kawan jenis pentingkan diri memang menyakitkan hati, kita rasa macam nak bagi pelempang je , tapi apakan daya , manusia ni tak sempurna sifatnya . Jadi kalau kita jumpa dengan insan yang pentingkan diri ni , lebih baik jangan dilayan sangat perasaan tu sebab buat sakit hati je memikirkan perangai dia . Kalau dia nak jauhkan diri dari kita atau takmau tegur kita atau buat bodo je bila kita ada masalah , BIARKANLAH MEREKA PERGI atau lebih baik korang jelah yang pergi . Orang dah tak sudi , buat apa kita nak tercari-cari? . Sabar jelah dan doakan supaya Allah swt lembutkan hati dia . 


5 . Kawan kaki kikis
Kawan kaki kikis ni akan tinggalkan kita bila dia rasa kita ni dah tak berguna padanya . Kawan jenis ni memang ramai . Kawan jenis ni selalu memaksa kita menghulurkan bantuan , tambah-tambah kalau kita ni jenis baik hati / lembut hati lagilah dia suka mendesak mintak tolong . Bila kita hulurkan bantuan , jika kita setuju menolongnya dia akan redha , dia akan gembira ( sapa tak suka ada org tolong kita ) TAPI jika kita menolak atau tak mampu nak tolong , dia akan membenci kita dan kadang-kadang menyindir kita dengan kata-kata sinis , contoh " macam ni lah hang..  aku mintak tolong pun tak boleh huh.. "  Aku dah banyak kali jumpa kawan jenis ni , memang terasa hati . Bukannya kita taknak tolong , tapi dah tak mampu nak tolong , dan kadang-kadang tak sampai hati nak tolak permintaan dorg .  aishh.. sabor jelah .


6 . Kawan lupa kawan 
haaa... kawan macam ni mesti ramai kan ? hehe .. samalah dalam hidup aku . Dulu masa highschool , bukan main lagi rapat , jalan sama-sama , pergi kantin sama-sama , bila selisih pun manis je senyum . Tapi bila dah lama tak jumpa dia berubah . Kadang-kadang bila terserempak dia buat bodoh je , tegur tidak , senyum pun tidak . Kadang-kadang bila kita senyum , barulah dia nak senyum dan ada juga yang tak balas pun senyuman . Kita akan tertanya-tanya dalam hati " apa masalah dia ni? sombongnya , " 


7 . Kawan Mamarazi 
kawan jenis ni baik toksah dekat laaahaaai ... Kawan mamarazi ni bila dekat dengan kita mesti adalah benda yang dia nak tau / nak cungkil . Lepas dia dapat cungkil rahsia dari kita , dia akan sebarkan hal tersebut dekat semua orang yg dia kenal . Kawan macam ni memang wujud . Aku dulu masa sekolah menengah membesar dengan di kelilingi kawan-kawan macam ni . Kadang-kadang kawan mamarazi ni akan attack korang secara ramai-ramai , kononnya tanya macam -macam sebab nak ambil berat , tapi sebenarnya saja ja nak mainkan hang , nak cungkil rahsia hang , dan belakang hang , dorang kutuk-kutuk , maki hina . Kawan mamarazi ni sangat licik . Oleh itu , hendaklah kita berhati-hati bila berhadapan dengan kawan mamarazi ni . 


8 . Kawan Mutiara / Bestfriend 
Kawan macam ni susah nak cari . Bak kata pepatah kawan ni di ibaratkan sebagai sebutir mutiara yang amat jarang dijumpai . Setakat ni dalam hidup aku ada sorang jelah yang layak digelar kawan mutiara. Sebab masa aku senang atau susah dia sentiasa ada di samping aku , sentiasa bagi nasihat , sentiasa penyejuk jiwa  . Kita pun bila ada apa-apa hal nak kongsi ,kita akan cari dia dulu . Dan kawan mutiara ni tak akan susahkan kita , kalau ada problem dia seboleh mungkin taknak menyusahkan kita . Dan kawan mutiara ni memang boleh diharap dalam apa jua hal , tak kiralah dalam menyimpan rahsia , masalah kewangan , pandangan ataupun nasihat dan lain-lain . 


9 . Kawan span
Kawan span ni peribadinya lembut sangat-sangat , bersopan santun bila bercakap , lemah-lembut , suka senyum , dan bila dia senyum kita rasa tenang je . Amat jarang sekali nak marah dan tidak suka menggunakan bahasa kesat masa bercakap . Selalunya kawan span ni berjantina perempuan, tapi lelaki pun ada jugak cuma jarang nak jumpa . Bila kita berdamping dengan kawan span ni , automatik peribadi kita akan dipengaruhi dari dia. Kita akan cakap lembut-lembut , sopan santun, lemah gemalai , suka senyum . Memang automatik berjangkit . Kawan jenis span ni memiliki hati yang sensitif , mudah touching . Jadi kita kenalah jaga adab dengan kawan span ni . Kawan span ni jugak selalunya berfikiran positif , dan bersangka baik sesama insan . Jadi eloklah kita berdamping dengan kawan span ni sebab secara tak langsung kawan span ni boleh membantu membentuk diri kita menjadi orang yang baik. 


10 . Kawan Jahat
kawan jenis ni paling bahaya . Selalunya kawan jahat ni dia kuat dengki , busuk hati . Kawan jahat tak suka tengok kita hidup senang , dan seboleh mungkin dia akan cuba sesatkan kita . Kawan jahat akan musnahkan diri kita dan sering ajak kita buat benda-benda jahat . Contoh melawan mak bapak , hasut kita buat benda-benda tak elok macam merokok , seks bebas , ambik dadah dan lain-lain . Kawan jahat ni akan bertepuk tangan bila tengok kita jadi jahat . Dan selalunya kawan jahat akan ambil kesempatan ke atas diri kita . Oleh itu , jauhilah kawan jahat ni , tak baik untuk kesihatan . 


sekian .. wassalam wbt. 

Makanan yang mengandungi BABI



Salam wbt..
Tahukah saudara bahawa ais krim MAGNUM mengandungi Babi?
Tahukah maksud code-code yang tercatat pada bungkusan makanan tersebut ?
Mari kita singkap rahsianya .

Mahukah kita makan makanan mengandung Babi?
Atau gosok gigi dengan pasta mengandungi Babi?
Atau mandi dengan sabun mengandung Babi?
Atau Menggoreng makanan dengan minyak babi?

Perhatikan komposisi makanan pada bungkus / kemasan,
Jika mengandung kode dibawah ini, MAKA MAKANAN / MINUMAN / PASTA GIGI / SABUN ITU POSITIF MENGANDUNG BABI / SYUBHAT / HARAM.


Code-code pada makanan / minuman / sabun / pasta gigi itu adalah:
E120, E140, E141, E153, E325, E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435, E436, E470, E471,
E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635.

Seorang tukang masak yang tertarik pada Islam mengatakan:
Saya percaya Islam agama yang benar, karena profesion saya sebagai salah satu Chef di Restaurant Halal (di negeri dimana Islam adalah minoritas).

Islam mengatur bahwa bangkai tidak boleh dimakan, dan ini bagus karena menjaga kita dari daging busuk yang pasti tidak baik untuk kita, dari baunya saja sudah tidak enak. Sehingga Islam menjaga agar makanan yang kita makan tetap sehat, fresh, segar, baik untuk tubuh.

Disamping itu haiwan yang tidak disembelih pun tidak boleh dimakan oleh Muslim, seperti disini (negeri komunis) tidak ada cara menyembelih ayam, yang ada ayam langsung dicacah, dipotong bagian tubuhnya tanpa disembelih, dan ini berakibat darahnya masih terdapat pada daging ayam itu.

Darah ini tidak baik kita makan karena banyak mengandung kuman, bakteri dan tak jarang virus yang tidak baik bagi kesehatan manusia. Dalam Islam mewajibkan disembelih hingga darah habis. Dan negara ini jarang yang mempunyai agama, saya sendiri sementara ini beragama katholik, tapi tidak ada aturan dalam katholik bagaimana cara memotong haiwan, aturan itu cuma ada dalam Islam. Dan saya ingin menjadi Muslim.

Demikian juga BABI, mengapa diharamkan? karena sudah terbukti banyak sekali penyakit yang merbahaya berpunca  dari Babi, atau  penyakit yang sering bersarang di dalam tubuh manusia secara tetap.

Banyak wabak penyakit mematikan jutaan orang berasal dari babi, dari masa ke masa selalu ada wabak dari penyakit babi, contohnya saja wabak terakhir adalah FLU BURUNG  (sars) dan juga FLU BABI.

Islam mengatur halal karena baik & bermanfaat bagi manusia, sedang yang haram adalah buruk bagi manusia. Hanya Islam yang baik untuk manusia, memanusiakan manusia.

Diharamkan bagimu bangkai, darah, babi, yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya,  dan yang disembelih untuk berhala.

QS.5 Ma'idah:3, QS.2 Baqarah:173, QS.6 An'aam:145, QS.16 Nahl:115

Hai manusia!
Sungguh Allah itu baik
DIA tak menerima kecuali yang baik

Lalu Rasul SAW baca ayat:
Makanlah dari yg baik yg Kami rezekikan padamu
QS.2:172

Lalu Rasul SAW menyebut orang
Dengan rambut kusut & tubuh kotor
Tengadahkan 2 tangan sambil berdoa:
”Ya Tuhan! Ya Tuhan!”

Padahal orang itu makanannya haram
Minuman & pakaiannya haram,
MAKA TIDAK MUNGKIN DIKABULKAN DOA-NYA”
HR.Muslim 540

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH

Jadi BUKAN code dibawah ini / lainnya kerana code dibawah ini adalah halal:
E100, E110, E210, E213, E214,
E216, E234, E252, E270, E280, E326,
E327, E334, E335, E336, E337, E440,
E904, begitu juga code E lainnya adalah halal

Memang tidak semua code E pada makanan adalah haram.
Intinya, code E yang ada kemungkinan bersumber dari haiwan, tidak otomatis berasal dari babi. Harus ada sekelompok ahli yang boleh memastikan bahawa bahan-bahan tersebut  halal atau haram.

TAPI PERLU DIINGAT BAHWA MESKIPUN ITU DAGING SAPI / KAMBING / AYAM / LAINNYA HARUS DIKETAHUI APAKAH PENYEMBELIHANNYA SECARA ISLAMI ATAU TIDAK? KERANA ADA PEMOTONGAN NON ISLAM, MISALNYA AYAM, AYAM ITU YANG TIDAK DISEMBELIH, TAPI LANGSUNG DICACAH.

SEKALI LAGI SAUDARA,,,
MAHUKAH KITA BERKOMPROMI DENGAN  MAKANAN MENGANDUNG BABI ???
ATAU GOSOK GIGI DENGAN PASTA MENGANDUNG BABI ???
ATAU MANDI DENGAN SABUN MENGANDUNG BABI ???

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara-saudara kita.

Qs.3:20 KEWAJIBAN kamu hanyalah menyampaikan ?? ? ?
Qs.42:48 KEWAJIBANMU tidak lain hanyalah menyampaikan ?? ? ?
Qs.16:82 KEWAJIBAN yang dibebankan atasmu hanyalah menyampaikan
QS.8:38 KATAKANLAH PADA ORANG-ORANG KAFIR ITU…
Qs.16:125 SERULAH pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah & pelajaran baik
Qs.5:92 KEWAJIBAN Rasul Kami, hanyalah menyampaikan dengan terang
Qs.64:12 KEWAJIBAN Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan terang


Sekian...wassalam wbt..